Sekapur Sirih Seulas Pinang

Selamat datang ke Art Zero blog. Blog yang aku paparkan untuk sama-sama kita rakyat Malaysia berkongsi maklumat, memberi pandangan, pendapat atau sebagainya mengenai isu-isu kehidupan rakyat Malaysia. Blog ini tercetus dari rasa betapa kosongnya aku sebagai salah seorang rakyat yang mencintai negara ini tetapi kecewa dengan isu, keadaan, prestasi dan persekitaran tanah bertuah ini. Rasanya sudah sekian lama bederau darah ini tidak dirasai, sudah lama air mata bahagia tidak menitis dan sudah lama senyuman bangga tepadam apabila keadaan persekitaran, lagu kebangsaan yang berkumandang dan prestasi negara Malaysia ini diperkatakan. "Bola Sepak Negara" - mungkin sampai tertutup mata ini tak akan dapat melihat rakyatnya bersaing di Piala Dunia, " Senario Kreatif" - sehingga anak-anak sekarang tidak tahu bagai mana hendak membuat layang-layang sendiri, " Remaja Kini " - takut apabila melihat bakal-bakal pemimpin semakin hanyut dan pelbagai lagi. Mungkin ini salah satu usaha aku untuk mengkaji melalui pandangan rakan rakyat semua yang boleh aku gunakan untuk mengubah masa depan anak-anak kita. Setiap bulan aku akan cuba mengkaji satu -satu masalah dan kepada sesiapa yang berminat untuk berkongsi pendapat melalui penulisan bernas dan akan dipaparkan penulisan itu di blog ini , sila emailkan penulisan atau gambar yang ingin dipaparkan ke alamat : Anapei@yahoo.com.my
7:22 PM

SUKAN

Posted by XXXL

Selamatkan "Bola Sepak Negara"

( kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan idea untuk tajuk ini. sila emailkan penulisan anda di alamat :- Anapei@yahoo.com )

7:16 PM

SENI

Posted by XXXL

Pupusnya Kreativiti di kalangan rakyat Malaysia.

( kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan idea untuk tajuk ini. sila emailkan penulisan anda di alamat :- Anapei@yahoo.com )